04:01

OUR CALENDAR



PERHATIAN :
SILA BACA mesej ini hingga habis sebelum anda membuat temujanji.


Temujanji HANYA untuk :

1- Grooming(Mandikan kucing)  dari hari Isnin hingga Sabtu
2- Pemandulan (Jantan & Betina) pada hari Isnin, Selasa, Jumaat & Sabtu
3- Rawatan Pergigian HANYA pada hari RABU
4- TIADA TEMUJANJI pada hari Khamis 
5- Pemandulan dan Rawatan Pergigian bergantung kepada Vet Bertugas.
Sila AMBIL PERHATIAN : 

Untuk Pembedahan(Surgery) , Pemandulan  & Rawatan Pergigian
  1. Semua kucing perlu di hantar ke KLINIK HAIWAN LYNN  sebelum 12.00 tgh hr.
  2. Jika TIDAK anda mungkin perlu membuat temujanji baru bergantung kepada kelapangan / kekosongan jadual temujanji.
  3. Ini kerana waktu pembedahan kami adalah di antara jam 12 tgh hr sehingga 2.30 ptg pada hari biasa, dan 3.00ptg hingga 5.30ptg pada hari Sabtu dan cuti umum. Kami memperuntukan 5 kes setiap hari ini TIDAK termasuk kes kecemasan dan kes yang tidak dirancang. Oleh itu kami perlu merancang dengan teliti.
  4. Semua kucing PERLU DIPUASAKAN terlebih dahulu (TIDAK makan dari tengah malam, TIDAK minum dari awal pagi) ini bagi mengelakkan komplikasi ubat bius semasa prosedur dijalankan
  5. Kami sangat menggalakkan untuk anda mengambil kucing anda pada keesokan harinya.
Untuk Grooming / Mandi
  1. Semua kucing perlu di hantar ke KLINIK HAIWAN LYNN  sebelum 12.00 tgh hr.
  2. Jika TIDAK anda mungkin perlu membuat temujanji baru bergantung kepada kelapangan / kekosongan jadual temujanji.
  3. Ini kerana waktu grooming kami adalah di antara jam 12 tgh hr sehingga 2.30 ptg pada hari biasa, dan 3.00ptg hingga 5.30ptg pada hari Sabtu dan cuti umum.
    Kami memperuntukan 5 kucing untuk dimandikan setiap hari,  ini TIDAK termasuk kucing yang sedia ada (boarding di klinik kami). Oleh itu kami perlu merancang dengan teliti.
  4. Pemeriksaan Kesihatan akan dilakukan oleh Vet atau Pembantu Vet sebelum kucing di mandikan.
  5. Cas Tambahan  akan dikenakan untuk kes seperti bulu bergumpal yang teruk dan banyak, jangkitan pada telinga, masalah kulit dan ubat bius bagi kucing yang garang dan agresif.
    * Cukur bulu masuk bawah kategori SURGERY bukan GROOMING
Pengambilan / Pick-up
Anda boleh mengambil kucing anda pada hari yang sama pada jam 5.30 petang.
Walau bagaimanapun bagi kucing yang berbius terutama yang menjalani pembedahan, anda digalakkan untuk mengambil kucing anda pada keesokkan hari. Ini kerana anda masih dalam keadan mamai dan tidak stabil.
Pembayaran
Cas deposit sebanyak RM50.00 akan di ambil semasa penghantaran.
Baki bayaran boleh dibuat semasa mengambil kucing.
Kami menerima TUNAI, Kredit atau Debit Kad.
Membuat Temujanji / Booking Appointment 
Anda boleh refer pada JADUAL di bawah
BUSY - menandakan slot tersebut telah di ambil / di isi
Hijau mewakili Grooming
Coklat mewakili Surgery/Pembedahan
kosong menandakan slot masih ada melainkan tertulis Vet TIADA atau kami TUTUP

Selepas menetapkan tarikh, anda boleh membuat temujanji melalui 2 cara

1. Dengan menggunakan BORANG TEMUJANJI
      Selepas hantar mengisi dan hantar borang temujanji, kami akan proses dalam tempoh
      24-48 jam hari bekerja, sekiranya anda tidak mendapat maklum balas harap dapat
      menghubungi kami di talian 0378461659 atau 017 2395 247

2. Dengan terus menghubungi kami di +601378461659 atau +60172395247


0 comments:

Post a Comment